Hackers Wikia
Hackers Wikia
Advertisement

Pengenalan[]

Kredit adalah sumber yang digunakan untuk mendapatkan barangan khas atau naik taraf untuk rangkaian. Nod tidak diperlukan untuk menyimpan Kredit dan ianya mustahil untuk dicuri apabila rangkaian anda diserang pemain lain semasa Godaman.

Bagaimana untuk mendapatkan Kredit[]

  • Peta Dunia - Kredit percuma boleh ditemui dalam Peta Dunia. Kredit akan muncul secara rawak di mana-mana sahaja diatas Peta Dunia dalam bentuk kad. Had tertinggi untuk Kredit muncul diatas Peta Dunia hanyalah tiga sahaja. Pemain perlu mengutipnya dengan menitik kad-kad tersebut untuk mendapatkan Kredit.
  • Media ERGO - Lambang Main akan muncul secara rawak diatas peta dunia. Pemain perlu menitik lambang ini dan menonton video untuk mendapatkan Kredit yang berkenaan.
  • Pembelian Dalam Aplikasi - Pemain boleh membeli Kredit melalui pembelian dalam aplikasi. Jumlah Kredit yang boleh dibeli pada satu-satu masa berbeza dari 500 hingga 15,000. Lebih besar jumlah pembelian, lebih banyak Kredit yang diterima pemain berdasarkan wang yang dibelanjakan.
  • Cabaran Harian - Pemain akan menerima satu cabaran setiap hari. Pemain boleh menyimpan sebanyak tiga cabaran. Cabaran boleh dipadam dengan menitik cabaran yang ingin dibuang dengan memilih "Buang". Pemain akan diberi Kredit apabila mereka menyiapkan sesuatu cabaran.

Membelanjakan Kredit[]

Kredit boleh dibelanjakan seperti berikut:

  • Jalinan Pembina - Jalinan Pembina tambahan boleh dibeli dengan Kredit. Jalinan Pembina pertama diberikan kepada pemain secara percuma di permulaan permainan. Pemain perlu membeli Jalinan Pembina kedua untuk menyiapkan pendedahan dengan harga 250 Kredit. Seterusnya, Jalinan Pembina ketiga berharga 500 Kredit, yang keempat berharga 1000 Kredit dan yang kelima berharga 2000 Kredit.
  • Pembangunan program / penyusunan program / penyiapan naik taraf Nod - Kredit boleh dibelanjakan untuk menyiapkan Pembangunan program / penyusunan program ataupun penyiapan naik taraf Nod dengan segera.
  • Sumber - Penyimpanan Duit dan b-coin boleh dipenuhkan dengan membelanjakan Kredit.
  • Barangan Pasar Gelap - Anda boleh membeli Kulit dan Perisai 9SEC dengan Kredit di dalam pasar gelap.
Hackers Wikia - Permainan
Laman Utama
Permainan Nod Program
Penggodaman

Peta Dunia • Godaman • Misi • Log Sekuriti • Simulasi • Kemasyuran 

Lain-Lain

Skrin Utama • Pembinaan Rangkaian • Sumber • Pasar Gelap • Nota Tampalan 

Aturan

Panduan Permulaan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan • Tips Permainan 

Advertisement