Rumusan[]
Log Sekuriti ialah kawalan dalam-permainan yang memberikan maklumat tentang cubaan menggodam terhadap rangkaian si pemain. Apabila pemain catat masuk, penunjuk paparan (tanda seru) akan terpampang diatas kawalan untuk menunjukkan yang terdapat kejadian keselamatan untuk dirujuk. Ulang tayang boleh dimainkan untuk tujuh hari dan catatan tersebut boleh dirujuk untuk 14 hari.
Maklumat Terkandung[]
Log Sekuriti memberikan maklumat terperinci tentang setiap cubaan godam termasuk:
- Nama samaran pemain, tahap dan negara.
- Program yang digunakan untuk menyerang.
- Tarikh dan waktu serangan.
- Keputusan serangan. Ini samada Digodam (salah satu daripada misi godaman telahpun tercapai; teras, sumber, pengawalan) ataupun Selamat (Tentunya tidak).
- Markah yang diperoleh (ataupun hilang) oleh pemain diatas keputusan godaman.
- Sumber ($ dan B-Coin) yang diperolehi oleh si penggodam.
Melalui kawalan Log Sekuriti serangan boleh diulang tayang dan si penyerang boleh dijejak kembali, melainkan jika serangan itu ialah serangan hendap.
Mengulang-Tayang Serangan[]
Apabila serangan diulang tayang, cubaan godam pembikintiruan masa sebenar akan ditunjukkan. Ulang tayang ini boleh dibeku atau dimainkan semula. Undur atau percepat adalah mustahil. Ulang tayang boleh ditamatkan dengan butang "putuskan".
Ulang tayang cubaan godaman yang berjaya atau gagal boleh memberikan petunjuk bagaimana sesebuah rangkaian itu ditembusi dan bagaimana pertahanan bertindakbalas terhadap serangan. Ulang tayang akan menunjukkan program yang digunakan oleh si penyerang terhadap setiap satu Nod yang ditembusi (Nod merah).
Si pemain akan mendapati bahawa ianya sangat berbaloi untuk mempelajari banyak cara godaman dan sifat sebenar pelbagai program. Maklumat ini sangat berguna sebagai contoh, dalam membuat keputusan tentang program manakah yang patut dikaji di Pengubah.
Menjejak Kembali Serangan[]
Apa sahaja serangan, samada berjaya atau gagal, boleh dijejak siapakah penyerang asal melainkan serangan tersebut ialah serangan hendap, yang dimana ianya mustahil untuk dijejak. Jika butang "jejak" dipilih pemain yang diserang boleh melihat rangkaian pemain yang menyerang dan boleh memilih untuk serangan balas atau membiarkannya (memutuskan).
Pemain boleh membuat serangan balas melalui jejak semula sekali sahaja. Sesudah serangan dilancarkan, butang "jejak semula" akan hilang daripada Log Sekuriti walau apapun keputusan yang diperoleh. Anda dinasihatkan untuk mengkaji rangkaian sasaran, dan suaikan dengan pustaka program dengan terperinci sebelum melancarkan serangan.
Hackers Wikia - Permainan | ||
---|---|---|
Laman Utama | ||
Permainan | Nod | Program |
Penggodaman |
Peta Dunia • Godaman • Misi • Log Sekuriti • Simulasi • Kemasyuran | |
Lain-Lain |
Skrin Utama • Pembinaan Rangkaian • Sumber • Pasar Gelap • Nota Tampalan | |
Aturan |
Panduan Permulaan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan • Tips Permainan |