Pembinaan dan Ubah Suai[]
Membina, ubah suai dan memperkuatkan Rangkaian anda adalah satu kemestian untuk memastikan kehebatan anda dalam Hackers.
- NOD BANGUNAN: Nod baharu boleh dibeli dalam menu BINA.
- HAD NOD: Bergantung kepada tahap Teras anda, Rangkaian anda boleh menampung jumlah Nod yang tertentu, (ditunjukkan dalam pengira Jumlah Nod Keseluruhan dalam menu BINA.) Naik taraf Teras untuk menempatkan lebih banyak Nod di dalam Rangkaian anda.
- MENYAMBUNG NOD: Untuk menyambungkan dua Nod, ianya semudah tekan dan tahan sesebuah Nod, heret jari anda ke Nod lagi satu yang anda ingin sambungkan,kemudian lepaskan jari anda.
- MEMUTUSKAN NOD: Anda boleh memutuskan dua Nod sama seperti anda menyambungkan mereka. Tahan jari anda ke satu Nod dan heret Nod yang anda ingin buang/putuskan, kemudian lepaskan jari anda.
- RUANG SAMBUNG: Setiap Nod mempunyai sejumlah bulatan kecil dibawahnya. Ini adalah ruang sambung Nod, dan memberitahu anda dan seberapa banyakkah sambungan boleh dibuat untuk sesebuah Nod. Untuk setiap sambungan ke Nod lain satu ruang akan digunakan. Bulatan kosong mewakili ruang kosong.
- KEADAAN BINA SEMULA: Apabila menu BINA dibuka, anda boleh menemui butang BINA SEMULA di sudut sebelah atas kiri. Daripada situ anda boleh menjalankan keadaan pengubahsuaian khas, memudahkan pembinaan Rangkaian anda (dan lebih seronok).
- JALINAN PEMBINA: Apa sahaja pembinaan Nod boleh dicepatkan dengan menambah lebih banyak Jalinan Pembina. Setiap pemain mempunyai dua selepas pendedahan. Lebih banyak boleh dibeli dengan Kredit dengan mengetik lambang "+" bersebelahan dengan "Jalinan Pembina" di sudut sebelah atas kanan. Dua Jalinan Pembina mengurangkan masa bina/naik taraf separuh. (Tiga jalinan mengurangkannya menjadi sepertiga dsb.) Anda boleh mengubah jumlah Jalinan Pembina dengan menitik pemasa diatas Nod yang sedang dibina.
Naik taraf[]
- Untuk menaik taraf Nod, anda perlu mempunyai Sumber yang mencukupi untuk membeli naik taraf, dan memenuhi kehendak naik taraf.
- Apa sahaja Nod yang boleh dinaik taraf, Nod tersebut akan menunjukkan nombor tahap berwarna merah.
- Nod yang sedang dibina tidak akan berfungsi, dan mereka tidak akan memberi tindak balas sehingga pembinaan selesai (kecuali Penyusun yang akan menyusun walaupun semasa pembinaan). Pemusnah Virus juga tidak boleh disebarkan/dimasukkan ke dalam Nod semasa Nod sedang dinaik taraf.
- Menaik taraf dan menambah Nod ke Rangkaian anda akan menambah tahap Rangkaian anda, dan akan ditunjukkan di sudut sebelah atas kiri Rangkaian anda.
- Membatalkan naik taraf sebelum ianya selesai akan memulangkan semula separuh daripada harga naik taraf, dan akan mengurangkan tahap Rangkaian anda setara dengan kepakaran/pengalaman yang diberi oleh naik taraf tersebut.
Membuang Nod[]
- Nod asas yang anda bina dalam pendedahan tidak boleh dibuang memandangkan ianya perlu untuk kemajuan.
- Untuk membuang Nod, pilih satu Nod dan tekan butan (X). Butang ini hanya akan ada apabila pembuangan Nod tidak akan mengakibatkan Rangkaian menjadi tidak sah. Jika anda ingin membuang sesebuah Nod yang berada di tengah-tengah Rangkaian anda, anda perlu mengubah suai semula Rangkaian anda dimana Nod yang akan dibuang berada di "ruang kosong" Rangkaian anda, atau tempatkan ia dimana Nod tersebut tidak akan mengakibatkan Rangkaian anda menjadi tidak sah.
- Sesebuah Rangkaian memerlukan dua Nod Pangkalan Data untuk menaik taraf Teras melepasi tahap tujuh, maka Pangkalan Data tambahan mustahil untuk dibuang.
- Anda akan dipulangkan separuh harga naik taraf sebelum ini apabila anda membuang sesebuah Nod.
- Membuang Nod tidak akan memulangkan kepakaran/pengalaman atau mengurangkan tahap Rangkaian anda.
Hackers Wikia - Permainan | ||
---|---|---|
Laman Utama | ||
Permainan | Nod | Program |
Penggodaman |
Peta Dunia • Godaman • Misi • Log Sekuriti • Simulasi • Kemasyuran | |
Lain-Lain |
Skrin Utama • Pembinaan Rangkaian • Sumber • Pasar Gelap • Nota Tampalan | |
Aturan |
Panduan Permulaan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan • Tips Permainan |