Rumusan[]
Paparan Peta Dunia mengandungi maklumat dalam sasaran Godaman yang ada, Tangga yang memaparkan Kemasyuran kawasan berdekatan dan Cabaran Harian yang boleh diselesaikan untuk mendapatkan Kredit. Akan terdapat juga Akses tetapan kepada Rangkaian anda, juga penunjuk yang menunjukkan ruang berita yang berkaitan dengan dunia Hackers.
Memulakan Godaman[]
Sasaran Godaman yang ada akan disenaraikan disini. Misi dan cerita latihan mempunyai latar belakang berwarna hitam, Rangkaian pemain pula mempunyai latar belakang berwarna merah. Rangkaian pemain boleh dicari semula dalam sudut sebelah bawah kanan, dengan membelanjakan $. Jumlah tertentu $ diperlukan untuk sukatan carian semula setara dengan tahap anda seperti yang diterangkan dibawah.
Pada 11/11/2016, pemain yang aktif kurang daripada tiga jam tidak lagi akan dipilih sebagai sasaran bagi cerita buatan pemain, namun syarat ini dimansuhkan sekiranya pemain yang sah tidak mencukupi semasa pemilihan. Tapisan ini hanya berlaku pada carian awal. [1]
Apabila sasaran telah dipilih, dunia akan diputar ketengah tempat sasaran yang dipilih, dan rumusan akan dipaparkan di bawah paparan. Ini termasuk:
- Nama Rangkaian dan negara mana sasaran tersebut ditemui.
- Dalam Misi dan cerita latihan, tarikh apabila cerita tersebut dicipta dan nama orang yang berikan ia, dengan ayat pendek menerangkan tentang cerita yang dipaparkan
- Dalam Rangkaian buatan pemain, tahap pemain, markah Kemasyuran, dan jumlah markah kemasyuran yang boleh diperoleh/hilang penggodam jika menang/kalah keatas sasaran ini akan dipaparkan.
- Jumlah $ dan B-Coin yang terdapat apabila selesai.
- Untuk Misi, Sumber ini didapati sebaik sahaja keperluan Misi dipenuhi. Terdapat Sumber tambahan untuk dicuri daripada Nod Bisnes dalam Rangkaian tersebut.
- Untuk Rangkaian buatan pemain, nombor ini menunjukkan jumlah terbanyak Sumber yang boleh dicuri daripada Rangkaian tersebut. Jumlah ini setara dengan 30% jumlah keseluruhan Sumber pemain.
Harga untuk carian semula sasaran[]
Tahap | Harga | Tahap | Harga | Tahap | Harga | Tahap | Harga | Tahap | Harga | Tahap | Harga |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 16 | $800 | 31 | $8,000 | 46 | $16,000 | 61 | 76 | |||
2 | 17 | $800 | 32 | $8,000 | 47 | $20,000 | 62 | 77 | |||
3 | $16 | 18 | $800 | 33 | $8,000 | 48 | $20,000 | 63 | 78 | ||
4 | $32 | 19 | $1,200 | 34 | $12,000 | 49 | $20,000 | 64 | 79 | ||
5 | $64 | 20 | $1,200 | 35 | $12,000 | 50 | $20,000 | 65 | 80 | ||
6 | 21 | $1,200 | 36 | $12,000 | 51 | $20,000 | 66 | 81 | |||
7 | 22 | $1,600 | 37 | $16,000 | 52 | $20,000 | 67 | 82 | |||
8 | $128 | 23 | $1,600 | 38 | $16,000 | 53 | 68 | 83 | |||
9 | $128 | 24 | $1,600 | 39 | $16,000 | 54 | 69 | 84 | |||
10 | $256 | 25 | $2,000 | 40 | $16,000 | 55 | 70 | 85 | |||
11 | $256 | 26 | $2,000 | 41 | $16,000 | 56 | 71 | 86 | |||
12 | $256 | 27 | $4,000 | 42 | $16,000 | 57 | $24,000 | 72 | 87 | ||
13 | $440 | 28 | $4,000 | 43 | $16,000 | 58 | 73 | 88 | |||
14 | $440 | 29 | $4,000 | 44 | $16,000 | 59 | 74 | 89 | |||
15 | $800 | 30 | $4,000 | 45 | $16,000 | 60 | 75 | 90 |
Tangga[]
Tangga terbahagi kepada empat bahagian yang berbeza, dimana ianya berkait rapat dengan tempat pilihan awal anda.
Penaklukan dunia[]
"Tahap kuasa meliputi serangan yang berjaya lwn pertahanan yang tidak berjaya dalam sejarah terbaharu"
Tahap kuasa mewakili ukuran kejayaan Godaman dariapda negara tertentu. Apabila Godaman dariapda pemain berjaya, markah akan ditambah ke papan kuasa sesebuah negara. Apabila seseorang tidak berjaya mempertahankan Teras mereka daripada Serangan, markah akan dipotong daripada papan kuasa negara tersebut. Markah akan hilang selepas masa-masa yang tertentu [2]
Penggodam Terbaik[]
Tangga ini memaparkan kedudukan Penggodam perseorangan, disusun melalui Kemasyuran.
Terbaik Dalam Negara[]
Tangga ini memaparkan kedudukan Penggodam yang berkongsi tempat pilihan anda, disusun melalui Kemasyuran.
Terbaik Berdekatan[]
Tangga ini memaparkan kedudukan Penggodam yang berkongsi tempat pilihan anda dalam lingkunan kawasan kecil, disusun melalui Kemasyuran.
Cabaran Harian[]
Cabaran Harian baharu akan muncul setiap hari. Cabaran-cabaran ini boleh diselesaikan untuk mendapatkan Kredit. Cabaran tidak akan hilang, walaupun anda boleh menyimpan hanya tiga sahaja cabaran pada masa-masa tertentu. Cabaran boleh dibuang dengan menitik cabaran yang ingin anda buang dengan memilih "Buang".
Kredit[]
Kredit percuma boleh ditemui dalam Peta Dunia. Kredit-Kredit ini muncul secara rawak pada mana-mana bahagian dalam Peta Dunia dalam bentuk "kad kredit yang hilang" yang boleh diambil hanya dengan metitk mereka atau video (iklan) yang mesti dipaparkan untuk mendapatkan ganjaran. Kad Kredit biasanya mempunyai nilai yang berbeza-beza sebanyak 2-25 Kredit. Video akan sentiasa memberikan lima Kredit selepas selesai ditayangkan. Akan ada jumlah terhad kad kredit yang boleh muncul dalam Peta Dunia. Pemain perlu mengambil mereka sebelum yang baharu boleh muncul.
Ruang Berita[]
Terdapat penunjuk berita diatas kawasan paparan Peta Dunia yang akan memaparkan berita yang berkaitan dengan dunia Hackers. Maklumat dalam Ruang Berita boleh melibatkan maklumat sahih seperti hal ehwal semasa dan peneraju tangga serantau, maklumat cerita yang ditambah daripada Misi yang telah diselesaikan dan maklumat rekaan berkaitan dengan kisah dunia sebenar.
Sisipan[]
Ruang Berita Hackers mungkin diilhamkan dariapda Infectonator: World Dominator (Toge Productions),yang dimana ianya mempunyai butang untuk memaparkan sebahagian berita rawak. Ini kemudiannya dikembangkan lagi oleh Plague Incorporated (Ndemic Creations), dimana ianya mempunyai berita yang bergerak daripada kanan ke kiri pada bahagian atas paparan.
Rujukan[]
Hackers Wikia - Permainan | ||
---|---|---|
Laman Utama | ||
Permainan | Nod | Program |
Penggodaman |
Peta Dunia • Godaman • Misi • Log Sekuriti • Simulasi • Kemasyuran | |
Lain-Lain |
Skrin Utama • Pembinaan Rangkaian • Sumber • Pasar Gelap • Nota Tampalan | |
Aturan |
Panduan Permulaan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan • Tips Permainan |