Rumusan[]
Higher levels of the Core may need more netConnections.
SambunganNet adalah Nod Bisnes yang bertindak sebagai pintu masuk ke Rangkaian lain. Dalam permainan, ianya diwakili dengan Peta Dunia yang berpusar. Sama seperti Teras dan Nod Menggodam ianya bahagian yang terpenting bagi setiap Rangkaian.
SambunganNet tidak menghasilkan apa-apa Sumber atau memberikan apa-apa fungsi kepada Rangkaian tempatan selain sambungan Antara Jaringan. Teras yang dinaik taraf memerlukan sejumlah SambunganNet. SambunganNet tidak boleh ditawan dan Program yang dimasukkan kedalamnya sentiasa berfungsi. Apa sahaja Nod dalam Rangkaian perlu berada sekitar sembilan sambungan daripada mana-mana SambunganNet seperti yang diberitahu oleh butiran Capaian.
Buitran[]
- Sambungan Nod: 1
- Ruang Program: 3
- Harga Pemasangan: $100
- Capaian: 9 Nodes
Tips[]
- Nod Sekuriti yang diletakkan bersebelahan dengan SambunganNet akan terbazir, sebab SambunganNet tidak boleh ditembusi.
- Cuba letakkan SambunganNet sebagai Nod kurang penting seperti Penyusun, Pengubah atau Pustaka Program. Dengan ini, penggodam tidak akan memperolehi Sumber serta merta dan Turret/ICE Hitam anda boleh mendapatkan kembali kawalan terhadap Nod yang ditembusi.
- Pasang SambunganNet hanya pada jumlah yang diperlukan sahaja. Lebih banyak SambunganNet membolehkan penggodam mempunyai pintu masuk ke Rangkaian dan sangat berbahaya apabila berdepan dengan Kraken.
- SambunganNet yang disambungkan secara terus atau berdekatan dengan Teras membuatkan Teras mudah untuk dimuat turun, sering menyebabkan syarat-menang mudah diperolehi untuk penyerang dan kehilangan Kemasyuran.
Hackers Wikia - Nod | ||
---|---|---|
Laman Utama | ||
Nod | Program | Permainan |
Nod Bisnes |
| |
Nod Sekuriti | ||
Nod Menggodam |