Hackers Wikia
Hackers Wikia
Advertisement


  Български - Съвети  简体中文 - 游戏提示  正體中文 - 遊戲提示  Čeština - Herní tipy  English - Game Tips  Français - Astuces  Deutsch - Tipps  Bahasa Indonesia - Tips Bermain  Italiano - Dritte  日本語 - Tips  Bahasa Malayu - Tips Permainan  Polski - Wskazówki  Português - Dicas  Română - Ponturi  Русский - Подсказки  Español - Consejos de juego  Türk - Oyun İpuçları  Tiếng Việt - Lời Khuyên


Tips Umum[]

  • Kredit tambahan boleh didapati secara percuma dengan mengumpul "Kad Kredit" atau dengan menonton video (iklan) pada Peta Dunia.
  • Jika anda keudara, tiada siapa boleh Menggodam anda. Jika anda bermain secara berterusan lebih dari tiga jam, orang lain boleh menyambung ke Rangkaian anda dan anda akan diputuskan sehingga Godaman mereka selesai.
  • Mempelajari penampilan Nod pada tahap yang berbeza membolehkan anda untuk menilai kerosakan yang perlu anda berikan secara tepat dan seberapa banyak kerosakan yang boleh ditampung.

Tips Membina dan Menaik Taraf[]

  • Imbangkan Nod Sekuriti dan Nod Bisnes anda:
    • Jika anda hanya membina Nod Bisnes, anda akan menjadi sasaran mudah bagi pemain, dan anda mungkin tidak boleh mempertahankan diri dengan baik.
    • Jika anda hanya menambahbaik Nod Sekuriti sahaja, anda akan kehabisan Sumber dengan cepat. Rangkaian anda juga akan menjadi lebih terdedah, kerana Nod yang dinaik taraf tidak dapat mempertahankan Rangkaian anda.
  • Jumlah keseluruhan Nod yang boleh anda bina dihadkan (Ianya akan meningkat dengan tahap Nod Teras) - Rancang Rangkaian anda dan fikir apa yang patut dibina kemudian.
  • Kebiasannya, adalah lebih baik untuk menaik taraf Nod dalam bilangan yang kecil pada suatu-suatu masa. Menaik taraf terlalu banyak pertahanan pada masa yang sama akan menyebabkan Rangkaian anda akan menjadi sangat lemah. Menaik taraf terlalu banyak penjana Sumber pada masa yang sama dan anda tidak akan mendapat untung untuk menggodam pemain lain.

Tips Serangan Ganas[]

  • Tidak ada aturan serangan yang sempurna - Kaji bagaimana sesebuah Program berfungsi semasa Godaman dan bagaimana Rangkaian bertindak balas.
  • Ada baiknya untuk "kenali musuh anda" - Cuba cam tahap Nod daripada pemerhatian dan cari tahu bagaimana Rangkaian akan bertindak apabila diserang. Dengan melihat sebagaimana lajunya Sentri dan Penjaga berfungsi, seberapa lama ianya diperlukan untuk menawan Nod Perisai Kod dsb. Kemahiran ini seiring dengan masa dan pengalaman.
  • Seperti juga, "kenali diri sendiri". Cuba untuk cekap dalam serangan. Lihat pada kekuatan Program lwn. harga lwn. ruang pustaka. Ianya lebih murah dan cepat untuk menggodam Nod dengan tiga Laser untuk menggodam sebuah Nod berbanding dengan dua Laser dan satu Dinding ICE - Jika Program anda cukup kuat.
  • Bijak memilih sasaran - Sebelum menyerang, periksa tahap pemain, Sumber yang ada dan kekuatan Pertahanan mereka.
  • Jangan khuatir untuk menyusun Program menentang Rangkaian-Rangkaian tertentu berbanding dengan menggunakan cara pendekatan "satu cukup untuk semua". Semasa anda meningkat naik, Rangkaian lain memerlukan aturan serangan yang berbeza-beza.

Tips Serangan Hendap[]

  • Jadi pantas dan laju! Walaupun anda hanya memerhati, Rangkaian akan semakin hampir untuk mencari dan membongkar anda dengan setiap saat.
  • Jika tidak terdapat Nod Pengimbas, sesebuah Rangkaian itu sangat terdedah kepada Serangan Hendap. Pada tahap yang lebih tinggi, si penyerang boleh memasang Program Akses dengan banyaknya, Hantu lebih dari satu dan satu Portal - Cukup untuk mencapai Teras yang diletakkan jauh dan mematikan pertahanan yang terkuat, walaupun sebelum perkiraan masa utama bermula.
  • Pengimbas tidak akan berkesan semasa dinaik taraf - Ambil peluang ini!
  • Perisai Kod akan memperlahankan pemasangan Program Akses. Walaubagaimanapun, masa pemasangan Hantu tidak akan terkesan. Gunakan Hantu terlebih dahulu untuk mematikan Perisai Kod, dan masukkan Akses. Jangan masukkan kedua-dua Program secara serentak.

Tips Lain[]

Tips Nod Bisnes[]

Tips Nod Sekuriti[]

Tips Nod Menggodam[]

Tips Program[]

Tips Menyerang[]

Tips Mempertahankan[]

Hackers Wikia - Permainan
Laman Utama
Permainan Nod Program
Penggodaman

Peta Dunia • Godaman • Misi • Log Sekuriti • Simulasi • Kemasyuran 

Lain-Lain

Skrin Utama • Pembinaan Rangkaian • Sumber • Pasar Gelap • Nota Tampalan 

Aturan

Panduan Permulaan • Strategi Serangan • Strategi Pertahanan • Tips Permainan 

Advertisement